14 October, 2014

Pasca UPSR:Lawatan Ke Kuala Lumpur dan Shah Alam

Pada  11 dan 12 Oktober 2014,AJK Lawatan sekolah telah mengadakan lawatan ke Kuala Lumpur dan Shah Alam sebagai salah satu aktiviti Pasca UPSR 2014.Pada peringkat awal,lawatan ini dijadualkan untuk berlangsung pada 27 dan 28 September namun ditunda oleh sebab murid-murid terpaksa menduduki semula peperiksaan UPSR.
          Lawatan ini diiringi oleh 3 orang guru lelaki iaitu Mohamad Ariffin,Mohd Razi dan ketua rombongan Asrul bin Mohamad.Guru perempuan pula ialah Nong Rasidah,Zaiton Abdullah,Saripah Rafidah,Juliyana Jantan ,Maisarah Ariffin dan Akma.

 Sarapan pagi di Hentian Sebelah Senawang.


          Tempat pertama yang dilawati ialah Kilang Coklat Beryl's,di sini kami diberi taklimat tentang pembuatan coklat dari awal hingga menjadi produk akhir.Banyak pengalaman yang ditimba daripada lawatan ini.

 Selepas melawat kilang tersebut,kami melawat ke Muzium Sultan Alam Shah,Shah Alam Selangor.Selepas itu,kami bersembahyang Zuhur dan makan tengah hari di sini.Makanan tengah hari ini ialah sumbangan daripada Menteri Pendidikan Makaysia iaitu Dato Muhyidin bin Yassin.



 Selepas itu,kami bergerak ke Taman Botani di Bukit Cerakah.Kami tidak menghabiskan masa yang lama di sini.Kami hanya menumpukan lawatan kami kepada Taman 4 musim.Malangnya hasrat kami untuk melihat salji tidak kesampaian kerana pada waktu ini ialah musim gugur.

 Di hadapan Rumah Iklim Sederhana 4 Musim

Ewah ewah berselfie lagiii...

Selepas di muzium kami bertolak ke i-city di Shah Alam di samping menanti makanan malam kami dihantar oleh pembekal.Kami menikmati makan malam di tepi jalan dengan penuh berselera.
 Ustazah Juliyana bersama Amni...aaaa
 Ustazah Rafidah dan Puan Nong
 
Ustazah Maisarah dan Puan Zaiton

Selepas makan kami pun bergambar di taman lampu yang indah ini...


Aksi bebas......




Sempat berposing solo....

 Usai bergambar kami bergerak ke tempat menginap iaitu di SMK Seri Bintang Utara.Penginapan yang disediakan sangat selesa dan harga yang sangat berpatutan.

 Asrama Lelaki

Bersama warden asrama tersebut yang sangat komited dengan amanahnya.


Ahli rombongan di hadapan asrama
GB yang menumpang bergambar kereta Honda Civic FD2R....jadilah..

Seterusnya lawatan Zoo Negara untuk melihat-lihat binatang dan terpenting nak melihat binatang mewah...pandaaaa....
 Tidoooo...
 Pemurni udara
 Tido agi....
Ok adik-adik,pandaaaaaaa....haha

Nak balik dah ni abang panda...hemmmm tido lagi....

 
Selepas itu kami ke Menara Berkembar Petronas untuk makan tengah hari dan melawat Petrosains dan Akuaria.

Antara permainan yang terdapat di Petrosains....sangat sangat melekakan...seronok kalau datang sendiri ni



Akuaria

Cuba teka..siapa saya?
Saya?
Yang ni plak?

Cantiknye.....



Tahniah kepada guru-guru yang bertungkus lumus menjayakan lawatan ini.Lawatan ini sangat bermakna kepada guru-guru pengiring dan murid-murid yang turut serta dalam lawatan ini.






24 September, 2014

MAJLIS RESTU TAHUN 6 2014

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN PENYERAHAN ILMU BAGI MURID TAHUN 6 SEMPENA UPSR 2014









08 September, 2014

Karnival Prasekolah dan Kuiz Sains Tahun 6

Prasekolah SK (F) Selancar Dua telah menghantar wakil untuk pertandingan futsal dan juga pertandingan Bahasa Melayu.Seramai 8 orang murid pra telah menyertai pertandingan futsal dan seorang wakil untuk pertandingan Bahasa Melayu.
          Pasukan futsal berjaya mencatatkan 3 kemengan tetapi telah dikalahkan sebanyak 2 kali dan terpaksa pulang awal selepas peringkat kumpulan.Sementara wakil Bahasa Melayu telah berjaya muncul sebagai johan daerah Rompin dan akan mewakili daerah Rompin pada pertandingan peringkat negeri di Bera.




 Johan Menulis Ayat Bahasa Melayu :ADELIA SEFIA BT ZAINI

 

 Sebahagian daripada peserta futsal

 
 Guru Prasekolah: CIK ROSLINDAWANI BT RUSLIN


 Pertandingan Sains Tahun Enam



Dari kiri ke atas
Johan kumpulan :Khair Fitri bin Johari (PROTOZOA)
Naib Johan: Abdul Rahman Farhim bin Ramli (BAKTERIA)
Ketiga :Mohamad Irfan bin Norizat (VIRUS)

 Fasa Bulan
Proses penjerukan

07 September, 2014

Program Menggapai Gemilang Bersama Restu Illahi (ii)

Tarikh : 5 - 7 SEptember 2014
Tempat : SK Selancar Dua, (skk)
Jumlah muri :22 menginap, 25 tidak menginap.
Ahli jawatan kuasa



Dalam usaha warga sekolah untuk mengekalkan kecemerlangan sekolah dalam pencapaian peperiksaan UPSR,maka pihak sekolah telah menganjurkan Program Menggapai Gemilang Bersama Restu Illahi (ii).Objektifnya adalah untuk mengisi masa senggang sebelum peperiksaan UPSR dengan jadual belajar yang sistematik di samping program keagamaan yang disusun untuk mendekatkan diri para murid dengan Allah.Di samping itu, terdapat juga acara sukaneka yang disusun untuk menghiburkan hati murid-murid setelah sekian lama bergelumang dengan aktiviti akademik.

          Program ini telah berjalan dengan lancar.Semua guru telah memberikan kerjasama yang sangat baik sehingga segala-gala yang dirancang berjalan sebagaimana yang diharapkan.Murid-murid juga telah memberikan kerjasama yang baik dari segi kehadiran dan penyertaan dalam segala aktiviti.

          Semoga usaha yang dilakukan akan membuahkan hasil yang lumayan.Namun sebagai hamba-Nya,kita hanya mampu berdoa dan bertawakal kepada Maha Pencipta agar segala usaha yang dicurahkan akan diberkati oleh-Nya.Namun jika kegagalan menyapa,jangan berputus asa kerana kita telah berusaha bersungguh-sungguh.Mungkin Allah telah sediakan untuk kita sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang.




Acara Sukaneka

Boss sukaneka :En Asrul
Pakar Goreng Ayam

Boss prasekolah

Divisyen:Makanan dan minuman

6 Ihsan 2014


6 IKhlas



6 Ikhlas