17 October, 2014

Jamuan Akhir Tahun Murid Tahun 6 ,2014

Setiap kumpulan diberi peruntukan sebanyak RM130.00 untuk jamuan tersebut.Guru-guru tidak campur tangan dalam urusan jamuan tersebut.Murid mesti melantik ketua dan bermesyuarat dalam kumpulan masing-masing untuk menentukan menu dan penyediaan makanan jamuan tersebut.Aktiviti ini merupakan latihan kepada mereka untuk mengendalikan sesuatu majlis.Majlis berlangsung dengan meriah dan mewah dengan pelbagai jenis makanan yang sedap.
Tahniah kepada semua murid Tahun 6,2014 yang telah berjaya menganjurkan majlis ini dengan cemerlang.
Persiapan





Hari Kejadian



























 Antara ibu yang datang meraikan majlis ini




 Amanah daripada ibu murid untuk GB memotong kek 2 tingkat tersebut..

Peace No War...


 Kumpulan paling mewah dengan sate 500 cucuk









Pengusaha kantin dan krewnya...
Semoga memori indah di SK Selancar 2 akan kekal abadi..

14 October, 2014

Pasca UPSR:Lawatan Ke Kuala Lumpur dan Shah Alam

Pada  11 dan 12 Oktober 2014,AJK Lawatan sekolah telah mengadakan lawatan ke Kuala Lumpur dan Shah Alam sebagai salah satu aktiviti Pasca UPSR 2014.Pada peringkat awal,lawatan ini dijadualkan untuk berlangsung pada 27 dan 28 September namun ditunda oleh sebab murid-murid terpaksa menduduki semula peperiksaan UPSR.
          Lawatan ini diiringi oleh 3 orang guru lelaki iaitu Mohamad Ariffin,Mohd Razi dan ketua rombongan Asrul bin Mohamad.Guru perempuan pula ialah Nong Rasidah,Zaiton Abdullah,Saripah Rafidah,Juliyana Jantan ,Maisarah Ariffin dan Akma.

 Sarapan pagi di Hentian Sebelah Senawang.


          Tempat pertama yang dilawati ialah Kilang Coklat Beryl's,di sini kami diberi taklimat tentang pembuatan coklat dari awal hingga menjadi produk akhir.Banyak pengalaman yang ditimba daripada lawatan ini.

 Selepas melawat kilang tersebut,kami melawat ke Muzium Sultan Alam Shah,Shah Alam Selangor.Selepas itu,kami bersembahyang Zuhur dan makan tengah hari di sini.Makanan tengah hari ini ialah sumbangan daripada Menteri Pendidikan Makaysia iaitu Dato Muhyidin bin Yassin.



 Selepas itu,kami bergerak ke Taman Botani di Bukit Cerakah.Kami tidak menghabiskan masa yang lama di sini.Kami hanya menumpukan lawatan kami kepada Taman 4 musim.Malangnya hasrat kami untuk melihat salji tidak kesampaian kerana pada waktu ini ialah musim gugur.

 Di hadapan Rumah Iklim Sederhana 4 Musim

Ewah ewah berselfie lagiii...

Selepas di muzium kami bertolak ke i-city di Shah Alam di samping menanti makanan malam kami dihantar oleh pembekal.Kami menikmati makan malam di tepi jalan dengan penuh berselera.
 Ustazah Juliyana bersama Amni...aaaa
 Ustazah Rafidah dan Puan Nong
 
Ustazah Maisarah dan Puan Zaiton

Selepas makan kami pun bergambar di taman lampu yang indah ini...


Aksi bebas......




Sempat berposing solo....

 Usai bergambar kami bergerak ke tempat menginap iaitu di SMK Seri Bintang Utara.Penginapan yang disediakan sangat selesa dan harga yang sangat berpatutan.

 Asrama Lelaki

Bersama warden asrama tersebut yang sangat komited dengan amanahnya.


Ahli rombongan di hadapan asrama
GB yang menumpang bergambar kereta Honda Civic FD2R....jadilah..

Seterusnya lawatan Zoo Negara untuk melihat-lihat binatang dan terpenting nak melihat binatang mewah...pandaaaa....
 Tidoooo...
 Pemurni udara
 Tido agi....
Ok adik-adik,pandaaaaaaa....haha

Nak balik dah ni abang panda...hemmmm tido lagi....

 
Selepas itu kami ke Menara Berkembar Petronas untuk makan tengah hari dan melawat Petrosains dan Akuaria.

Antara permainan yang terdapat di Petrosains....sangat sangat melekakan...seronok kalau datang sendiri ni



Akuaria

Cuba teka..siapa saya?
Saya?
Yang ni plak?

Cantiknye.....



Tahniah kepada guru-guru yang bertungkus lumus menjayakan lawatan ini.Lawatan ini sangat bermakna kepada guru-guru pengiring dan murid-murid yang turut serta dalam lawatan ini.