29 June, 2012

Hari Kantin 2012

     Bertempat di perkarangan sekolah, program Hari Kantin untuk tahun 2012 telah berjaya dilangsungkan. Sebanyak 13 gerai telah dibuka dan menawarkan aneka pilihan makanan dan minuman. Selain itu turut acara ini turut disertai oleh Jabatan Kesihatan dan Polis Diraja Malaysia. Acara ini berlangsung dari pada awal padi sehingga tamat waktu sekolah. Dianggarkan kutipan yang berjaya dikumpul hampir mencecah RM5000.


Untuk lebih gambar klik SINI

28 May, 2012

Sksd Dilanda Ribut

     Selepas sambutan hari guru berjalan dengan lancar, warga SKSD dikejutkan dengan kejadian ribut yang berlaku pada sebelah petang pada hari yang sama. Antara kerosakan yang berlaku.....

Garaj kereta Ustazah Syarifah roboh,


Garaj rumah Cikgu Naza diterbangkan angin,

Serpihan bumbung bilik kaunseling,

Bumbung Bilik Kaunseling Runtuh,

Bumbung Rumah Cikgu Zuraini Diterbangkan Angin,

Kebitaraan Bahasa Malaysia Musnah,

Bumbung Bilik Pra Sekolah Tercabut,

Atap Pra Sekolah Diterbangkan Sampai Ke Tangki Air Sekolah,

Selamat Hari Guru

     Sambutan Hari Guru 2012 telah diadakan pada 16 Mei 2012 di Padang dan Dewan Bestari SKSD. Acara di dewan dimulakan dengan bacaah perutusan hari guru oleh Cikgu Parif diikuti dengan persembahan dari para guru.

Untuk lebih gambar klik SINI

21 March, 2012

Gotong Royong Hari Kebitaraan


     Tahniah kepada semua Guru-guru dah kakitangan sekolah yang terlibat dalam gotong-royong menceriakan persekitaran sekolah. Diharapkan kerja keras semua akan membuahkan hasil yang diharapkan.

Untuk lebih gambar klik SINI

08 March, 2012

SBPA Batal


          PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan.

          Beliau juga mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

          Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.


          Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

          Najib membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini. - BERNAMA

Perlawanan persahabatan bola tampar

Perlawanan persahabatan bola tampar menentang SK Selancar 3 telah berlangsung pada 6 March 2012, terima kasih kepada semua yang terlibat dan tahniah kepada pasukan yg telah menjadi juara..

Lebih gambar di SINI

01 March, 2012

Olahraga kelompok chanis 2012


Tahniah kepada semua guru yang terlibat,,
untuk lebih gambar klik SINI