14 November, 2013

KEPUTUSAN UPSR 2013


Alhamdulillah. 'Misi Menebus Maruah' diperkenankan Allah s.w.t. Dengan izinNya, berkat usaha serta doa daripada semua warga SKSD dan PIBG, akhirnya 2013 telah mengembalikan senyuman di bibir warganya. Usaha dan doa calon-calon UPSR 2013 telah mengembalikan tahta kedudukan GPS terbaik dalam Daerah Rompin. Semoga SKSD akan terus cemerlang di masa-masa akan datang.




06 October, 2013

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2013

Sepanduk kumpulan










4, 5 dan 6 Oktober 2013. Alhamdulillah. Perkhemahan yang dirancang terlaksana dengan jayanya. Kerjasama guru dan staff telah berjaya meningkatkan tahap disiplin peserta. Sepanduk, memasak, khemah, halangan, mlm kebudayaan dan sebagainya dilaksanakan dengan sempurna, bekerjasama dan meriah. 

03 October, 2013

Bahang Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SK Selancar 2






Seperti lazimnya,selepas peperiksaan UPSR,aktiviti pertama ialah aktiviti pascaUPSR dan kali ini dimulakan dengan perkhemahan....acara yang ditunggu oleh guru-guru dan murid-murid tahun 6...

01 October, 2013

GERAK TARI 1MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN



1 September 2013. Serentak satu Malaysia. Dianggar seramai 100 ribu pelajar PRA Sekolah telah menyertai Gerak Tari 1Malaysia bagi dicatatkan dalam Malaysia Book of Record. Di adakan di SK Selancar2 bagi Zon Selancar. Turut menyertai pelajar tahun 6 SKSD, PRA SEK SK Selancar 1 dan PRA SEK Selancar3.

25 September, 2013

MESYUARAT MENGAPAI BINTANG


25/09/2013. Bertempat di kantin SKSD, satu mesyuarat ringkas telah diadakan membincangkan antara program Pasca UPSR. 'Menggapai Bintang', program dirancang bg membantu pelajar2 yang masih tidak lancar membaca tahun 1, 2 dan 3. Pelajar tahun 6 akan bertindak sebagai fesilitator.

20 September, 2013

MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN






20 September 2013. Alhamdulillah. Sambutan Bulan Kemerdekaan SKSD telah berjaya dilaksanakan. Penuh meriah dan warna warni. Program ini dapat menyemai semangat patriotik dalam kalangan murid-murid.

10 September, 2013

SATU PAGI DI UPSR 2013


10 September 2013. Tarikh keramat yang ditunggu. Peperiksaan UPSR 2013. Usaha yang dilakukan, inilah penentunya. Misi yang dicanangkan, nantikan hasilnya. Semoga semua calon dirahmati , diberkati , dipermudahkan dalam menjawab soalan. Semoga tuhan mengabulkan harapan seluruh warga SKSD..amin....

08 September, 2013

GEMILANG BERSAMA REDHA ILAHI

Acara solat Maghrib,solat hajat,bacaan surah Yasin,solat Isyak dan jamuan makan malam.Makan malam disediakan oleh chef terhebat di sekolah ini..

Sarapan pagi disediakan oleh Chef Nong,Chef Eton ,Chef Razi.Berbaris di hadapan dewan makan kelas prasekolah


 Kelas malam:antara program yang dijalankan 
Makan,makan,makan dan makannnn



Permainan bola tampar 8 sebelah....untuk merelease tension murid-murid tahun 6.Hanya sempat bermain 1 set setiap pasukan.Cuaca tidak mengizinkan..


6 - 8 September 2013. Satu program yang dirancang khusus untuk calon UPSR 2013. Ilham daripada En. Mohamad Ariffin bin Sahran, guru besar SKSD sbg program sebelum peperiksaan. Penyertaan seramai 25 orang calon menjadi harapan kepada "Misi Menebus Maruah".

Semoga usaha yang dijalankan di sekolah ini untuk menebus semula maaruah yang tercalar pada tahun ini akan dimakbulkan Allah.Kita semua telah berusaha sebaik yang mungkin,berdoa dengan tawaduk,dan akhirnay pasrah kepada Allah Yang Maha Menhetahui.Kita merancang dan berusaha,Allah merancang dan pastinya rancangan Allah yang terbaik untuk kita.Redha menerima segalanya. insyaAllah.

03 September, 2013

JAMUAN RAYA PRA SEKOLAH 2013





3 September 2013. Jamuan Hari Raya PRA Sekolah. Banyak juadah disediakan. Pel PRA, guru, staf sokongan semua hadir. Terima kasih semua.

29 August, 2013

MAJLIS RESTU ILMU 2013




29 Ogos 2013. Satu Majis Restu Ilmu telah diadakan di Dewan Bestari SK Lktp Selancar 2. Diadakan bagi memohon restu dr ibu bapa dan guru agar kejayaan didalam genggaman. Bermula dengan berbuka puasa, solat Maghrib, solat Hajat, bacaan Yassin & Tahlil dan diakhiri dengan majlis restu. Semoga calon UPSR diterangkan hati, dipermudahkan segalanya bagi menduduki UPSR yang bakal tiba. Semoga misi menebus maruah direalisasikan dengan kecemerlangan.Turut hadir : YDP PIBG , En Johari Bin Hussin. Pengurus Felda Selancar 2, En Yunus Bin Demin.

MENITI PUNCAK JAYA

20 Ogos 2013. Diadakan demi kecemerlangan calon UPSR 2013. Berbaki 12hari. Semoga kecemerlangan menanti di kemudian hari.