22 February, 2013

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA BALING.




22 Februari 2013. Perlawanan Persahabatan Bola Baling antara SK Selancar 2 bertemu SK Selancar 3 telah diadakan di padang SK Selancar 2. Ia bertujuan bagi meningkatkan tahap kemahiran pemain serta sebagai persediaan mental sebelum menyertai kejohanan peringkat kelompok.

21 February, 2013

KEJOHANAN CATUR PERINGKAT DAERAH ROMPIN, 2013






  Pada 5 Februari 2013, SKSD telah menghantar 6 orang murid untuk menyertai Kejohanan Catur Peringkat Daerah Rompin bertempat di SMK Muadzam Jaya. 3 orang peserta menyertai kategori lelaki bawah 12 tahun manakala 3 orang lagi bagi kategori perempuan.Adik Mohammad Farouq bin Daud telah muncul tempat ketiga yang melayakkannya mewakili daerah Rompin ke kejohanan catur MSSN Pahang 2013 di Raub. Tahniah diucapkan.Sekalung penghargaan buat para jurulatih pasukan catur - Puan Amira binti Abd Rahim, Puan Jamiah binti Jamaluddin dan Puan Hasnida binti Hanafi.Terima kasih juga kepada guru pengiring pasukan, Encik Asrul bin Mohamad. Semoga pasukan catur SKSD lebih sukses di masa hadapan.


 Mohammad Farouq bin Daud

13 February, 2013

PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN, 2013

   08 Februari 2013. Satu program bertema 'Ceramah Kesihatan Pergigian' dan demonstrasi memberus gigi telah diadakan dengan kerjasama Unit Kesihatan Pergigian Bandar Tun Razak. Selama seminggu semua pelajar SKSD telah menjalani pemeriksaan gigi. Ada sekadar pemeriksaan dan ada gigi yang perlu dicabut. Pesanan doktor Muda "SAYANGILAH GIGI ANDA KALAU ANDA MAHU DISAYANGI".

10 February, 2013

BANTUAN PERSEKOLAHAN RM 100, 2013



   Alhamdulillah.Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan RM100.00 kepada pelajar SKSD telah selamat dilaksanakan pada 26 Januari 2013. Seramai 266 orang pelajar menerima bantuan ini.  Majlis ini diadakan di SMK Selancar 1 secara berkelompok. Y.B DATO' SRI DR. HAJI JAMALUDIN BIN DATO' MOHD JARJIS dan Y.B SENATOR DATO' MAZNAH BINTI MAZLAN  telah sudi meluangkan masa menyerahkan bantuan tersebut serta beg sekolah kepada pelajar Tahun 1. Semoga bantuan ini dapat meringankan perbelanjaan persekolahan pelajar SKSD. Terima kasih DATO'.