28 April, 2014

LADAP i-Think





28 April 2014. Ladap i-Think di sampaikan oleh tuan guru besar, En. Mohamad Ariffin. Difahamkan SKSD dipilih sebagai perintis program ini. Turut di pilih SK Tg. Gemok dan SK Rompin. Program ini akan diguna pakai oleh semua guru pada tahun 2015. Tahniah SKSD. 

27 April, 2014

KARNIVAL SAINS PERINGKAT NEGERI PAHANG



25 - 27 April 2014. Tahniah kepada adik Nor Hashira bt Che Hamzah(3Ehsan) kerana berjaya melayakkan diri ke peringkat Negeri Pahang dalam kategori bercerita tahun3. Satu pengalaman berguna yang boleh dimanfaatkan dimasa hadapan. 

24 April, 2014

PANTUN PERINGKAT DAERAH ROMPIN 2014


24 April 2014. Buat pertama kali, SKSD mewakili Kelompok Chanis menghantar peserta ke Pertandingan Pantun Sekolah Rendah Peringkat Daerah Rompin. Percubaan pertama menduduki tempat ke 3  Tahniah kpd jurulatih En  Syed Ahmad Bakri, Pn. Sopiah dan Pn. Najihah serta para pemantun. 

18 April, 2014

MAJLIS ANUGERAH NEW DEAL






18 APRIL 2014. Bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC), SK LKTP Selancar 2 sekali lagi dianugerahkan Tawaran Baru Kepada Guru Besar Tahun 2013 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan. Alhamdulillah, rezeki kali ke 3 diterima oleh seluruh warga SKSD. Semoga SKSD akan terus cemerlang demi agama, bangsa dan negara. SKSD TERBAIK..

TAKLIMAT VLE FROG DI SK SELANCAR 3





15 APRIL 2014. Satu sesi khidmat bantu berbentuk taklimat telah diberikan kepada guru dan staf SK Selancar 3. Tiga orang fesilitator iaiti En Zaki, En Nor Asmadi dan En Safardi telah menjayakan program ini. Semoga program ini memberikan manfaat kepada semua yang terlibat. 

15 April, 2014

PERTANDINGAN GURU INOVASI 2014


Satu pertandingan Guru Inovasi Peringkat Daerah Rompin telah diadakan pada 15 April 2014  . Bertempat di PPD Rompin, SKSD telah menghantar seramai 7 orang guru mewakili 3kumpulan dan 1individu. 


POKOK KV AJAIB.
1- Pn Suhada Hazwani.
2- Pn Humairah
3- En Adzlan
4- En Nor Asmadi

DADU  AJAIB/ROBOT
1- Pn. Nong Rasidah
2- Pn. Siti Khatijah
3- Pn. Wan Saudah
4- Pn. Maisarah

SNOOKER NOMBOR
1- Pn. Sofiah
2- Pn. Aniza
3- Pn. Juliyana
4- Cik Roslindawani






14 April, 2014

PERKHEMAHAN TKRS PERINGKAT KEBANGSAAN 2014






Tahniah kpd Fatin Shuhaila (5E) yg telah mewakili Neg Pahang dalam Perkhemahan Badan Beruniform Peringkat Kebangsaan di Perlis. Semoga program ini terus memberikan keyakinan dan semangat menuju kecemerlangan.

10 April, 2014

KEJOHANAN BOLA SEPAK KELOMPOK CHANIS.




     10 APRIL 2014. Walaupun tidak berjaya mempertahankan kejuaraan tahun lepas. Kekalahan tipis 0-1 tetap membanggakan SKSD. Tahniah diucapkan kepada jurulatih En. Norasmadi dan En Adzlan serta semua yang membantu. Cuba lagi tahun hadapan.

KARNIVAL SAINS PERINGKAT DAERAH ROMPIN 2014.




     9 APRIL 2014. SK Selancar 2 telah menghantar 2orang peserta mewakili Kelompok Chanis ke peringkat daerah. Tahniah kepada adik Noor Hashira Bt Che Hamzah (3E). Johan bercerita Tahap 1  serta adik Puteri Norsyaza Zahrina Bt Sazali (5E) yang mewakili bercerita Tahap 2. Teruskan perjuangan di peringkat negeri pula nanti. Tahniah juga kepada Jurulatih Utama, Pn. Che Norzihan serta semua yang membantu..

07 April, 2014

KEJOHANAN BOLA TAMPAR DAERAH 2014







     7 APRIL 2014. Berbekalkan latihan selama 2minggu. Pasukan bola tampar Kelompok Chanis yang terdiri drpd 8 pemain SKSD dan 2 pemain SKS3 berjaya menduduki tempat ke-3. Tahniah diucapkan.






03 April, 2014

MTQ DAERAH ROMPIN 2014.

Mohd Fadhlan b. Mohd Hafis


     03 APRIL 2014. Tahniah kepada adik Mohd Fadhlan Hafizi b Mohd Hafiz(2E) berjaya dinobatkan Johan Tilawah peringkat daerah seterusnye mewakili Rompin ke peringkat negeri. Tahniah juga kpd adik Najwa Izzati bt Zubir(5E) sbg naib johan hafazan serta Salwardina bt Wahidin, saguhati tilawah.