31 July, 2016

GALA RAYA SKSD 2016

SKSD - Tradisi sambutan majlis hari raya peringkat sekolah pada tahun diteruskan seperti tahun-tahun sebelum ini. Bagi tahun ini, sambutan dimeriahkan lagi menjemput ibubapa murid serta komuniti yang lain. Juadah lemang menjadi santapan rebutan ini kerana lemang ini dibakar sendiri oleh para guru sksd. Bagi rumusan sambutan raya ini sangat meriah..moga tahun hadapan kita berjumpa lagi.

29 July, 2016

KEM SUBJEK UPSR 2016

SKSD - Dalam merealisasikan kejayaan 100% dalam UPSR, pihak sekolah telah mengambil tindakan sewajarnya dengan mengadakan Kem Subjek. Kem ini dijayakan dengan menjemput penceramah yang berpengalaman dari pihak luar. Moga dengan usaha ini dapat membantu murid SKSD untuk berjaya.

MINGGU ANTI DADAH SKSD

SKSD - Minggu kempen Anti Dadah peringkat sekolah dijalankan bagi memberi kesedaran kepada warga SKSD dalam bahayanya DADAH kepada kesihatan kita. Program ini juga, mendapat kerjasama daripada pihak AADK daerah Rompin.

MESYUARAT AGONG PIBG SKSD 2016

SKSD - Sebagai rutin setiap tahun sekali lagi mesyuarat Agong PIBG SKSD Sesi 2016 telah berlansung. Bagi sesi kali ini, mesyuarat telah di rasmikan oleh Dato Hassan Ariffin sebagai Ahli Parlimen Rompin.  Pelbagai persetujuan telah dikecapi bersama ibubapa dalam usaha menjayakan lagi taraf pendidikan murid SKSD. Dengan gabungan komuniti ini yang baik dapat memperkasakan lagi potensi dikalangan anak didik.

PEMANGKIN MURID TAHUN 6

UPSR- Pihak sekolah mengambil pendekatan dengan menyediakan  beberapa buah basikal dalam menaikkan semangat dan motivasi murid tahun 6 dalam mengrealisasikan potensi 6A bagi tahun 2016 ini. Sebanyak 4 buah telah tersedia yang mana disumbangkan oleh pihak sekolah,PIBG serta orang perseorang. Semoga usaha yang dilakukan dapat mencapai apa yang diingini...terima kasih