31 July, 2013

Majlis Berbuka Puasa & solat Terawih 2013






MAJLIS KHATAM AL QURAN 2013


 31/07/13. Alhamdulillah. Satu Majlis Khatam Al Quran anjuran Panatia Agama bersama Unit Kecemerlangan Tahun6 telah selamat diadakan dengan lancar di SK Selancar2. Majlis ini dijayakan oleh pelajar Tahun6. Mereka telah berusaha selama sebulan dibawah bimbingan guru-guru. Tahniah semua.

16 July, 2013

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2013

   Sebagaimana biasa,bulan Julai merupakan bulan yang sangat sibuk kepada semua murid tahun 6 dan juga guru-guru mereka.Tambahan pula tahun ini,bulan peperiksaan ini jatuh dalam bulan Ramadhan.
          Peperiksaan Percubaan UPSR dijalankan serentak dalam daerah Rompin.Dimulakan pada hari ini Selasa (16.07.2013) bagi Sekolah Kebangsaan dan semalam bagi sekolah SRJK.
          Di sekolah ini,peperiksaan dijalankan sama seperti jadual yang dibekalkan oleh Majlis Guru Besar Rompin.

HARIKERTAS
Selasa Bahasa Malaysia Pemahaman
 Bahasa Malaysia Penulisan
Matematik Kertas 1
Rabu Matematik Kertas 2
Khamis Sains
Bahasa Inggeris Kertas 1
Bahasa Inggeris Kertas 2

          Peperiksaan dijalan di dalam Dewan Bestari bagi mewujudkan suasana peperiksaan yang sebenar kepada murid-murid.Guru-guru yang mengawasi murid-murid ialah guru-guru yang mengajar kelas tersebut pada waktu itu dan dibantu oleh guru-guru SK Selancar yang rajin dan berdedikasi.


Antara guru SK Selancar 2 yang rajin dan bijaksana
dari kiri;Ustaz Adzlan,Ustazah Hasnida (Herbalife),Ustazah Juliyana dan Cikgu Roslina.


Syhhhh....jangan buat bunyi motor di sini!

 Suasana aman dan damai di dalam Dewan Bestari


 Idham sampai mereng songkok nak bagi dapat 40/40

 Zharif nampak letih dan tidak bertenaga....puasala katakan

 Yusriiiii......begitu tekun mengira...terbaikk


 Prittttt.......Masa dah tamat

 Cikgu Parif Padilah memberikan taklimat tentang Matematik Kertas 1

 Tekun ke dah penat ni?

Semoga semua murid Tahun 6 akan dapat menjawab soalan yang diberikan dengan tenang dan berhati-hati.Kecuaian akan menyebabkan mereka kerugian yang besar.

          Semoga usaha yang gigih yang dilakukan oleh semua pihak akan membuahkan hasil yang lumayan nanti.Insyaallah....semoga Allah merahmati kita semua.Aminnn.


PELANCARAN MINGGU KECERGASAN DAERAH ROMPIN

   Pada 9 Julai 2013 sekolah kita telah dijemput untuk menghadiri Majlis Pelancaran Bulan Kecergasan Peringkat Daerah Rompin yang diadakan di Padang Sekolah,SMK Perwira Jaya.
          SK Selancar 2 telah menghantar seramai 5 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan.Untuk tidak mengganggu proses PdP murid-murid Tahun 6, maka sekolah telah menghantar murid-murid tahun 5 untuk mengambil bahagian. Dua orang guru pengiring yang mengiringi murid-murid tersebut ialah En Mohamad Ariffin bin Sahran dan En.Norasmadi bin Majid.
          Majlis dimulakan dengan ceramah kesihatan oleh doktor dari Pusat Kesihatan Perwira Jaya.Ceramah berkisar tentang kesihatan diri dan cabaran hidup remaja.Seterusnya ucapan daripada Pengetua iaitu En Baharudin bin Setapa.Selepas itu ucapan perasmian daripada wakil Pegawai PPD Rompin iaitu En.Azme bin Mohamad.
         Acara berikutnya ialah senamrobik dan diikuti dengan permainan sukaneka.Seperti biasa majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada para perserta.Majlis  berakhir dalam pukul 11 pagi.Jamuan makan disediakan di Dewan makan...lontong dan nasi lemak yang sedapppp...
 Wakil PPD En Azme bin Mohamad
 Pengetua,DR Yus dan Pengurus Selancar 4 dan 5
 Cikgu Madi dengan gaya mancho
 Wakil dari SK S@ bersama pasukan SMPJ
 Sebahagian daripada murid tuan rumah
 Cikgu,amik la gambar kita orang....hajat budak-budak
 Peace!!!

 Murid lelaki dan jurufoto yang memang sibuk sepanjang program tersebut
 Bersedia untuk senamrobik
 Ke garisannnn.....
 Nampak macam mudah...nampak jer la

 Cenderahati...tq tuan rumah
 Ada epal besar dalam beg merah tu






 
Pemenang pertandingan Woodball.....En Norasmadi.....ye ke?

05 July, 2013

GOTONG-ROYONG KARNIVAL BAIK PUNYA 2013

   Terima kasih daun keladi di atas sokongan dan komitmen tinggi yang telah dicurahkan oleh warga SKSD. Terima kasih kerana sama-sama bergotong royong bagi membersihkan kawasan sekolah selepas berakhirnya karnival BAIK PUNYA. Buat warga SKSD, syabas...dan terbukti "Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'...Jumpa lagi di Hari Kantin yang akan datang.

*** SILA KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN***