16 July, 2013

PELANCARAN MINGGU KECERGASAN DAERAH ROMPIN

   Pada 9 Julai 2013 sekolah kita telah dijemput untuk menghadiri Majlis Pelancaran Bulan Kecergasan Peringkat Daerah Rompin yang diadakan di Padang Sekolah,SMK Perwira Jaya.
          SK Selancar 2 telah menghantar seramai 5 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan.Untuk tidak mengganggu proses PdP murid-murid Tahun 6, maka sekolah telah menghantar murid-murid tahun 5 untuk mengambil bahagian. Dua orang guru pengiring yang mengiringi murid-murid tersebut ialah En Mohamad Ariffin bin Sahran dan En.Norasmadi bin Majid.
          Majlis dimulakan dengan ceramah kesihatan oleh doktor dari Pusat Kesihatan Perwira Jaya.Ceramah berkisar tentang kesihatan diri dan cabaran hidup remaja.Seterusnya ucapan daripada Pengetua iaitu En Baharudin bin Setapa.Selepas itu ucapan perasmian daripada wakil Pegawai PPD Rompin iaitu En.Azme bin Mohamad.
         Acara berikutnya ialah senamrobik dan diikuti dengan permainan sukaneka.Seperti biasa majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada para perserta.Majlis  berakhir dalam pukul 11 pagi.Jamuan makan disediakan di Dewan makan...lontong dan nasi lemak yang sedapppp...
 Wakil PPD En Azme bin Mohamad
 Pengetua,DR Yus dan Pengurus Selancar 4 dan 5
 Cikgu Madi dengan gaya mancho
 Wakil dari SK S@ bersama pasukan SMPJ
 Sebahagian daripada murid tuan rumah
 Cikgu,amik la gambar kita orang....hajat budak-budak
 Peace!!!

 Murid lelaki dan jurufoto yang memang sibuk sepanjang program tersebut
 Bersedia untuk senamrobik
 Ke garisannnn.....
 Nampak macam mudah...nampak jer la

 Cenderahati...tq tuan rumah
 Ada epal besar dalam beg merah tu






 
Pemenang pertandingan Woodball.....En Norasmadi.....ye ke?

No comments:

Post a Comment