26 March, 2013

TABUNG WIRA LAHAD DATU

   SEMANGAT PATRIOTIK yang menebal didalam diri warga SKSD khususnya, telah membawa kepada Kutipan Tabung Wira Lahad Datu.  Kutipan ini diadakan selama seminggu bermula 18 Mac 2013 hingga 22 Mac 2013. Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang. Allah jua yang mampu membalasnya. Semoga wira-wira negara terus berjuang demi mempertahankan Kedaulatan Malaysia

25 March, 2013

TEMASYA 1MURID 1SUKAN

 










   21 MAC 2013. ALHAMDULILLAH. TEMASYA 1M1S telah selamat dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih dan TAHNIAH kepada semua yang terlibat serta PIBG dalam menjayakan temasya ini. Temasya 1M1S memberikan peluang kepada semua murid menyertai sekurang-kurangnya 1acara seiring matlamatnya. SKSD MEMANG TERBAIK.

KEJOHANAN BOLA TAMPAR DAERAH ROMPIN 2013



20 MAC 2013. Tahniah kepada Pasukan Bola Tampar Sekolah (Perempuan) yang telah mendapat Naib Johan di Peringkat Daerah Rompin. Kejohanan ini telah di adakan di SK Tanjung Gemok. Terima kasih dan tahniah kepada pasukan jurulatih Pn. Habsah, Pn. Che Norzihan, Cik Roslindawani serta En Rosli Rahman selaku guru pengiring merangkap pengadil kejohanan.

MTQ KELOMPOK CHANIS 2013.







 19 MAC 2013.JOHAN Tilawah Perempuan (Salwardina). JOHAN Bercerita L&P ( Iskandar & Puteri). JOHAN Hafazan Perempuan (Ummu Hanna') Tempat ke-3 Tilawah Lelaki (Abdul Qader). Tempat ke-3 Nasyid Lelaki. Tahniah diucapkan kepada semua atas kejayaan cemerlang yang diperolehi. Tahniah juga kepada jurulatih serta mereka yang telah membantu. Tahniah Ustad Ahmad Syukri selaku KP Panitia Agama Islam.

HARI KELUARGA SK SELANCAR 2, 2013







2 & 3 MAC 2013. Tahniah kepada Kelab Guru yang telah berjaya menganjurkan Hari Keluarga SK Selancar 2 . Sambutan diadakan di Klebang Beach Resort Melaka. Turut diadakan Majlis Perpisahan En. Mad Saad Bin Yussof yang telah bertukar rasmi ke SK Keratong 10. Semoga program ini mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dikalangan warga SKSD. Tahniah Pengerusi Kelab-En. Razi Bin Ariffin..

MAJLIS KOAKADEMIK DAERAH ROMPIN 2013


 6 MAC 2013. Cubaan kali pertama SK Selancar 2 bagi Pertandingan Sahiba ( Noor Rohimah Bt Arshad) dan Pertandingan Pidato ( Noor Aziematul Azira Bt Azmi). Walaupun sekadar saguhati, tapi anda telah menunjukkan keberanian untuk mencuba dalam pertandingan tersebut. Tahniah juga kepada Pn. Sopiah yang telah dipilih sbg pengadil Sahiba buat kali pertama. Tak lupa Pn. Zaitun selaku jurulatih pidato. Cuba lagi tahun hadapan.

KEJOHANAN BOLA BALING KELOMPOK CHANIS





 28 FEBRUARI 2013. Tahniah kepada Pasukan Bola Baling Sekolah yang telah berjaya menjadi Naib Johan dalam Kejohanan Bola Baling Kelompok Chanis. Satu kejayaan yang memberangsangkan. Tahniah kepada En Asrul, Pn Aniza, Pn Marzita serta mereka yang turut melatih sehingga mencapai kejayaan ini. Tidak lupa juga Tuan GB, En Ariffin yang banyak memberikan teknik terbaik....

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL FELDA SELANCAR 2






10 FEBRUARI 2013. PROGRAM BERSAMA KOMUNITI. Pihak sekolah telah menghantar Pasukan Nasyid Sekolah bagi bersama-sama menjayakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Felda Selancar 2. Pasukan ini dibawah bimbingan En. Rosli Bin Mohmed. Terima kasih kepada Pn Nong Rasidah, Pn Zaiton dan En Ahmad Zaki serta semua yang terlibat dalam usaha menjayakan masjlis ini.

05 March, 2013

KEM MOTIVASI JAYA DIRI ZON MUADZAM SHAH, 2013







5 Mac 2013. Kem Motovasi Jaya Diri Zon Muadzam Shah 2013 telah diadakan di SK Selancar 3. Anjuran Felda dengan kerjasama SK Selancar 1, SK Selancar 2 dan SK Selancar 3. Seramai 83 orang pelajar serta ibu bapa telah dijemput hadir bagi menjayakan kem ini.