28 February, 2014

PERKHEMAHAN KRS & TKRS PERINGKAT DAERAH ROMPIN 2014



 25-27 Februari 2014. SK LKTP Selancar 2 telah menghantar seramai empat orang pelajar menyertai Perkhemahan KRS & TKRS  Peringkat Daerah Rompin. Pelajar didedahkan dengan pelbagai aktiviti seperti PAFA, ikatan, anyaman, laluan halangan dan kawad kaki. Alhamdulillah, adik Fatin Suhaila telah berjaya merangkul Anugerah Perak dengan pangkat Lans Koperal sekaligus mewakili Daerah Rompin ke peringkat negeri. Tahniah diucapkan.

15 February, 2014

KEM BESTARI SOLAT SIRI 1 , 2014





Dianjurkan oleh Unit J-Qaf, SK Selancar 2 dengan slogan 'IBADAH CEMERLANG MURID GEMILANG'.

05 February, 2014

KEJOHANAN CATUR MSSD 2014








Pada hari Rabu, 5 Februari 2014 yang lalu, SK (Felda) Selancar 2 telah menghantar pasukan catur menyertai Kejohanan Catur MSSD Rompin Bawah 12, 15 dan 18 Tahun bertempat di SMK Muadzam Shah.

Pasukan catur SKSD terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan.

- Mohammad Farouq bin Daud
- Mohd Azril bin Abu Bakar
- Najian Nasuha binti Mat Zaid
- Nor Azwanisah Izzati binti Sabri

Adik Mohammad Farouq bin Daud telah berjaya mendapat tempat ke-8 daripada 39 peserta bagi kategori Lelaki Bawah 12 Tahun manakala adik Nor Azwanishah Izzati pula memperoleh tempat ke-8 bagi kategori Perempuan Bawah 12 Tahun.
Syabas diucapkan kepada semua para peserta.

Tahniah juga diucapkan kepada jurulatih pasukan catur sekolah, Puan Amira binti Abd Rahim. Ribuan terima kasih kepada Encik Asrul bin Mohamad kerana sudi menjadi guru pengiring.

Semoga permainan catur akan terus berkembang di bumi bertuah SKSD dan pasukan catur sekolah akan terus sukses pada masa hadapan.