10 July, 2015

PROGRAM JALINAN BERSAMA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

          Pada 25 April 2015, sekolah telah menagadakan program Jalinan SKK bersama dengan Unit Bahasa Melayu Universiti Malaysia Pahang.Program ini merupakan program sekolah ini buat kali pertama dengan UMP. Seramai 15 orang guru dan 38 orang murid turut serta dalam program ini.

          Program ini sememangnya sangat bermanfaat bukan sahaja kepada murid-murid tahun 6 tetapi kepada guru-guru yang menyertai program ini.Guru-guru mendapat pendedahan bagaimana melaksanakan P&P dalam suasana yang ceria tanpa stres.

         Ketibaan kami disambut dengan hangat oleh kakitangan UMP dan para fasilitator yang terlibat dalam program ini.Kami sangat terharu dengan sambutan, layanan dan penyediaan program yang sangat bermanfaat kepada murid-murid dan guru-guru.

 

 


 Aktiviti Permainan Bahasa




 Aktiviti nyanyian yang paling kami suka 










Majlis Penutupan bersama Puan Musliha


 

















08 July, 2015

MAJLIS PERSARAAN PN JAMIAH BT JAMALUDDIN

Majlis persaraan Cikgu Jamiah...Jasamu kami kenang....
- Hari ini 8/7/2015 genap 56 tahun Cikgu Jamiah bertugas sebagai guru..   
- Beliau merupakan Guru Cemerlang Matematik dan seorang guru yang dedikasi.
- Persaraan beliau meninggalkan 1001  ilmu dan kenangan.
- Harap beliau akan sentiasa menabur ilmu dan jasanya kepada anak bangsa walaupun  sudah bersara.


 Amanat terakhir daripada Cikgu Jamiah bt Jamaluddin

Bergambar bersama-sama warga SK Selancar 2

Selamat tinggal SK Selancar 2