10 July, 2015

PROGRAM JALINAN BERSAMA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

          Pada 25 April 2015, sekolah telah menagadakan program Jalinan SKK bersama dengan Unit Bahasa Melayu Universiti Malaysia Pahang.Program ini merupakan program sekolah ini buat kali pertama dengan UMP. Seramai 15 orang guru dan 38 orang murid turut serta dalam program ini.

          Program ini sememangnya sangat bermanfaat bukan sahaja kepada murid-murid tahun 6 tetapi kepada guru-guru yang menyertai program ini.Guru-guru mendapat pendedahan bagaimana melaksanakan P&P dalam suasana yang ceria tanpa stres.

         Ketibaan kami disambut dengan hangat oleh kakitangan UMP dan para fasilitator yang terlibat dalam program ini.Kami sangat terharu dengan sambutan, layanan dan penyediaan program yang sangat bermanfaat kepada murid-murid dan guru-guru.

 

 


 Aktiviti Permainan Bahasa




 Aktiviti nyanyian yang paling kami suka 










Majlis Penutupan bersama Puan Musliha


 

















1 comment: