16 July, 2013

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2013

   Sebagaimana biasa,bulan Julai merupakan bulan yang sangat sibuk kepada semua murid tahun 6 dan juga guru-guru mereka.Tambahan pula tahun ini,bulan peperiksaan ini jatuh dalam bulan Ramadhan.
          Peperiksaan Percubaan UPSR dijalankan serentak dalam daerah Rompin.Dimulakan pada hari ini Selasa (16.07.2013) bagi Sekolah Kebangsaan dan semalam bagi sekolah SRJK.
          Di sekolah ini,peperiksaan dijalankan sama seperti jadual yang dibekalkan oleh Majlis Guru Besar Rompin.

HARIKERTAS
Selasa Bahasa Malaysia Pemahaman
 Bahasa Malaysia Penulisan
Matematik Kertas 1
Rabu Matematik Kertas 2
Khamis Sains
Bahasa Inggeris Kertas 1
Bahasa Inggeris Kertas 2

          Peperiksaan dijalan di dalam Dewan Bestari bagi mewujudkan suasana peperiksaan yang sebenar kepada murid-murid.Guru-guru yang mengawasi murid-murid ialah guru-guru yang mengajar kelas tersebut pada waktu itu dan dibantu oleh guru-guru SK Selancar yang rajin dan berdedikasi.


Antara guru SK Selancar 2 yang rajin dan bijaksana
dari kiri;Ustaz Adzlan,Ustazah Hasnida (Herbalife),Ustazah Juliyana dan Cikgu Roslina.


Syhhhh....jangan buat bunyi motor di sini!

 Suasana aman dan damai di dalam Dewan Bestari


 Idham sampai mereng songkok nak bagi dapat 40/40

 Zharif nampak letih dan tidak bertenaga....puasala katakan

 Yusriiiii......begitu tekun mengira...terbaikk


 Prittttt.......Masa dah tamat

 Cikgu Parif Padilah memberikan taklimat tentang Matematik Kertas 1

 Tekun ke dah penat ni?

Semoga semua murid Tahun 6 akan dapat menjawab soalan yang diberikan dengan tenang dan berhati-hati.Kecuaian akan menyebabkan mereka kerugian yang besar.

          Semoga usaha yang gigih yang dilakukan oleh semua pihak akan membuahkan hasil yang lumayan nanti.Insyaallah....semoga Allah merahmati kita semua.Aminnn.


Reactions:

2 comments:

  1. SEMOGA BERJAYA KEPADA SEMUA CALON UPSR 2013.
    DOA KAMI SENTIASA BERSAMA KALIAN UNTUK KEJAYAAN.

    ReplyDelete
  2. Saya rase percubaan lagi susah berbanding UPSR tapi baguslah tahun ni kite meningkat dan cikgu Ariffin pun bangga

    ReplyDelete

TOKOH DOKTOR MUDA KEBANGSAAAN