07 September, 2014

Program Menggapai Gemilang Bersama Restu Illahi (ii)

Tarikh : 5 - 7 SEptember 2014
Tempat : SK Selancar Dua, (skk)
Jumlah muri :22 menginap, 25 tidak menginap.
Ahli jawatan kuasa



Dalam usaha warga sekolah untuk mengekalkan kecemerlangan sekolah dalam pencapaian peperiksaan UPSR,maka pihak sekolah telah menganjurkan Program Menggapai Gemilang Bersama Restu Illahi (ii).Objektifnya adalah untuk mengisi masa senggang sebelum peperiksaan UPSR dengan jadual belajar yang sistematik di samping program keagamaan yang disusun untuk mendekatkan diri para murid dengan Allah.Di samping itu, terdapat juga acara sukaneka yang disusun untuk menghiburkan hati murid-murid setelah sekian lama bergelumang dengan aktiviti akademik.

          Program ini telah berjalan dengan lancar.Semua guru telah memberikan kerjasama yang sangat baik sehingga segala-gala yang dirancang berjalan sebagaimana yang diharapkan.Murid-murid juga telah memberikan kerjasama yang baik dari segi kehadiran dan penyertaan dalam segala aktiviti.

          Semoga usaha yang dilakukan akan membuahkan hasil yang lumayan.Namun sebagai hamba-Nya,kita hanya mampu berdoa dan bertawakal kepada Maha Pencipta agar segala usaha yang dicurahkan akan diberkati oleh-Nya.Namun jika kegagalan menyapa,jangan berputus asa kerana kita telah berusaha bersungguh-sungguh.Mungkin Allah telah sediakan untuk kita sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang.




Acara Sukaneka

Boss sukaneka :En Asrul
Pakar Goreng Ayam

Boss prasekolah

Divisyen:Makanan dan minuman

6 Ihsan 2014


6 IKhlas



6 Ikhlas












1 comment: