Sama-samalah kita doakan agar segala urusan dipermudahkan.
17 July, 2014
14 July, 2014
Majlis Berbuka Puasa Dan Majlis Perpisahan GPK Ko kurikulum SKSD
14.7.2014 - Satu majlis berbuka puasa dan majlis perpisahan GKP kokurikulum En.Ahmad Zaki b Zainudin telah diadakan dengan meriahnya. Beliau telah berpindah ke SK Bukit Serok, majlis juga telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran murid tahun 6 serta ahli keluarga SKSD.
11 July, 2014
LAWATAN PENANDA ARAS KLUSTER
11 JULAI 2014. SKSD telah menerima kunjungan daripada SK Bandar Tun Razak, Rompin Pahang. Seramai 8 orang guru mewakili SKBTR telah hadir bagi mendapatkan gambaran apa yang perlu dilakukan sebagaipersiapan untuk menjadi sekolah kluster kecemerlang (SKK). Semoga pengkongsian ini dapat membantu SKBTR.
29 June, 2014
ACARA JEMPUTAN 4X100 SK SELANCAR 1
26 Jun 2014. SK Selancar 2 telah menghantar peserta bagi acara 4 X 100 lelaki dan perempuan. Hubungan silatulrahim terus dieratkan antara sekolah kejiranan. Tahniah diucapkan
26 June, 2014
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
26 JUN 2014. SK LKTP SELANCAR 2 telah diiktiraf sebagai SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN FASA 8. Tahniah kepada Tuan Guru Besar, En. Mohamad Ariffin Bin Sahran. Barisan guru penolong kanan. Guru-guru serta warga SKSD yang telah berusaha serta memberikan komitmen yang tinggi sehingga memperolehi pengiktirafan ini. Semoga kecemerlangan terus bersama SKSD.
21 May, 2014
Kejohanan Petanqeu PSKPP
Tarikh : 20 - 21 Mei 2014
Hari : Selasa - Rabu
Tempat : Gelanggang Petanque, Felda Selancar 1
Tahniah kepada peserta petanque sekolah kerana berjaya merebut gelaran JOHAN dengan mengalahkan 4 buah sekolah yang turut menyertai pertandingan ini .Semoga gelaran JOHAN akan dapat dipertahankan untuk tahun hadapan.
Berikut sedikit paparan gelagat peserta:
TAHNIAH KEPADA SEMUA PESERTA..
Hari : Selasa - Rabu
Tempat : Gelanggang Petanque, Felda Selancar 1
Tahniah kepada peserta petanque sekolah kerana berjaya merebut gelaran JOHAN dengan mengalahkan 4 buah sekolah yang turut menyertai pertandingan ini .Semoga gelaran JOHAN akan dapat dipertahankan untuk tahun hadapan.
Berikut sedikit paparan gelagat peserta:
TAHNIAH KEPADA SEMUA PESERTA..
19 May, 2014
Sambutan Hari Guru 2014
Tarikh : 19 Mei 2014
Hari : Isnin
Tempat : Dewan Bestari, SK Selancar 2
Tema Hari Guru 2014 : Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi
Sambutan Hari Guru merupakan satu pengiktirafan buat semua yang bergelar 'cikgu'. Semoga dengan pengiktirafan ini dapat menyemarakkan lagi iltizam dan tekad serta ikhtiar dalam usaha kita menjana dan mengangkat martabat profesion keguruan sebagai profesion yang dipandang tinggi semurni tugas seorang guru.
Aturcara Sambutan :
-Perarakan guru
-Bacaan doa
-Nyanyian lagu Negaraku
-Ucapan Ketua Murid
-Ucapan Guru Besar
-Ikrar Guru
-Nyanyian lagu Guru Malaysia , lagu tema hari guru dan lagu warisan
-Persembahan guru
-Penyampaian anugerah
Berikut ialah paparan gambar sepanjang sambutan berlangsung:
Hari : Isnin
Tempat : Dewan Bestari, SK Selancar 2
Tema Hari Guru 2014 : Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi
Sambutan Hari Guru merupakan satu pengiktirafan buat semua yang bergelar 'cikgu'. Semoga dengan pengiktirafan ini dapat menyemarakkan lagi iltizam dan tekad serta ikhtiar dalam usaha kita menjana dan mengangkat martabat profesion keguruan sebagai profesion yang dipandang tinggi semurni tugas seorang guru.
Aturcara Sambutan :
-Perarakan guru
-Bacaan doa
-Nyanyian lagu Negaraku
-Ucapan Ketua Murid
-Ucapan Guru Besar
-Ikrar Guru
-Nyanyian lagu Guru Malaysia , lagu tema hari guru dan lagu warisan
-Persembahan guru
-Penyampaian anugerah
Berikut ialah paparan gambar sepanjang sambutan berlangsung:
![]() |
| Barisan pentadbir dan guru-guru diarak |
![]() |
| Ikrar Guru |
![]() |
| Ucapan Ketua Murid |
![]() |
| Nyanyian lagu Guru Malaysia |
![]() |
| Sukaneka |
![]() |
| Persembahan guru |
TERIMA KASIH CIKGU, SELAMAT HARI GURU
28 April, 2014
LADAP i-Think
28 April 2014. Ladap i-Think di sampaikan oleh tuan guru besar, En. Mohamad Ariffin. Difahamkan SKSD dipilih sebagai perintis program ini. Turut di pilih SK Tg. Gemok dan SK Rompin. Program ini akan diguna pakai oleh semua guru pada tahun 2015. Tahniah SKSD.
27 April, 2014
KARNIVAL SAINS PERINGKAT NEGERI PAHANG
25 - 27 April 2014. Tahniah kepada adik Nor Hashira bt Che Hamzah(3Ehsan) kerana berjaya melayakkan diri ke peringkat Negeri Pahang dalam kategori bercerita tahun3. Satu pengalaman berguna yang boleh dimanfaatkan dimasa hadapan.
24 April, 2014
PANTUN PERINGKAT DAERAH ROMPIN 2014
24 April 2014. Buat pertama kali, SKSD mewakili Kelompok Chanis menghantar peserta ke Pertandingan Pantun Sekolah Rendah Peringkat Daerah Rompin. Percubaan pertama menduduki tempat ke 3 Tahniah kpd jurulatih En Syed Ahmad Bakri, Pn. Sopiah dan Pn. Najihah serta para pemantun.
18 April, 2014
MAJLIS ANUGERAH NEW DEAL
18 APRIL 2014. Bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC), SK LKTP Selancar 2 sekali lagi dianugerahkan Tawaran Baru Kepada Guru Besar Tahun 2013 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan. Alhamdulillah, rezeki kali ke 3 diterima oleh seluruh warga SKSD. Semoga SKSD akan terus cemerlang demi agama, bangsa dan negara. SKSD TERBAIK..
TAKLIMAT VLE FROG DI SK SELANCAR 3
15 APRIL 2014. Satu sesi khidmat bantu berbentuk taklimat telah diberikan kepada guru dan staf SK Selancar 3. Tiga orang fesilitator iaiti En Zaki, En Nor Asmadi dan En Safardi telah menjayakan program ini. Semoga program ini memberikan manfaat kepada semua yang terlibat.
Subscribe to:
Posts (Atom)







































