Sejarah sekolah



MANTAN GURU BESAR


         
   
SEJARAH PENUBUHAN SKSD

    Sekolah Kebangsaan Selancar 02 telah dibuka pada 1 Januari 1985 tanpa bangunan dan serba kekurangan. Oleh itu, lima buah pejabat DARA telah digunakan untuk dijadikan kelas yang menempatkan murid seramai 98 orang dan tujuh orang tenaga pengajar. Sekolah ini telah dibuka atas desakan peneroka yang mengalami masalah untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan Selancar 01 yang jaraknya hampir 10 km dari penempatan Selancar 02. Rentetan daripada masalah tersebut, tertubuhlah Sekolah Kebangsaan Selancar 02 yang sehingga kini telah mencapai usia 25 tahun.
     Bangunan tetap sekolah ini telah digunakan secara rasminya pada 1 Disember 1989. Bangunan baru sekolah ini menempatkan dua blok bangunan dua tingkat yang mengandungi 17 bilik darjah. Memandangkan jumlah pelajar semakin meningkat dan bangunan yang ada tidak mampu menampung bilangan pelajar yang semakin ramai, sebuah lagi bangunan empat tingkat dibina bersebelahan blok yang sedia ada. pada ketika itu juga, sekolah telah dijalankan dalam dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang.
     Sehingga kini, Sekolah Kebangsaan Selancar 02 telah mampu berdiri setanding dengan sekolah kebangsaan lain di samping menempa pelbagai kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum. Pada tahun 2010, Sekolah Kebangsaan Selancar 02 telah mencapai usia 27 tahun.


LENCANA SEKOLAH "DULU VS SEKARANG"

DULU

SEKARANG



BENDERA SEKOLAH

 


disediakan oleh
karmaneraka