SKSD - Program dijalankan pada 26-28/8/2016 yang melibatkan murid - murid tahun dalam memantapkan lagi motivasi murah untuk menempuh peperiksaan UPSR yang bakal menjelma.
Pengisian progam adalah pededahan kepada teknik menjawab soalan dan kaedah markah penandaan . Terima kasih kepada guru-guru, penjaga, penceramah jemputan,pekerja sekolah dan juga mereka yang terlibat secara lansung dan tidak lansung. Terima kasih juga mereka yang menyumbang makanan para murid disepanjang program ini dijalankan. Di harapkan dengan program ini , para murid mendapat ilmun yang menafaat serta dapat membantu mereka dalam menduduki peperiksaan UPSR 2016.
27 August, 2016
PROGRAM MENGGAPAI GERMILANG UPSR 2016
23 August, 2016
SUMMER HEALTH CAMP
SKSD - Bermula 22-24/8/2016 Team Doktor Muda SKSD telah menyertai Summer Health Camp di Agro Semuji Resort , Kuantan. Seramai 3 orang murid bersama seorang pengiring menyertai Program tersebut yang mana dianjurkan bersama dengan Kementerian Kesihatan.
22 August, 2016
SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH 2015
SKSD - BERMULA HARI PELANCARAN 22/8 - 23/9 AKAN DIJALANKAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN. SAMBUTAN ADALAH BERTUJUAN MEMUPUK SEMANGAT NASIONALISME DIKALANGAN WARGA PENDIDIK SERTA ANAK MURID SEKALIAN..MEMPERINGATI JASA - JASA PEMIMPIN DAN JUGA PARA PEJUANG..
MERDEKA!..MERDEKA!.. MERDEKA!!.
SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KALI KE -59 TAHUN
03 August, 2016
MINGGU KEGERGASAN SKSD 2016
SKSD -Minggu kecergasan sksd dijalankan oleh Persatuan Doktor muda dengan gabungan warga sekolah serta Belia dan juga Beliawanis. Pelbagai program yang dirancang bagi murid- murid seperti peraduan mewarna, info sihat,buku skrap dan lain- lain lagi. Tujuan utama program adalah bagi memupuk amalan sihat dikalangan para murid
31 July, 2016
GALA RAYA SKSD 2016
SKSD - Tradisi sambutan majlis hari raya peringkat sekolah pada tahun diteruskan seperti tahun-tahun sebelum ini. Bagi tahun ini, sambutan dimeriahkan lagi menjemput ibubapa murid serta komuniti yang lain. Juadah lemang menjadi santapan rebutan ini kerana lemang ini dibakar sendiri oleh para guru sksd. Bagi rumusan sambutan raya ini sangat meriah..moga tahun hadapan kita berjumpa lagi.
29 July, 2016
KEM SUBJEK UPSR 2016
SKSD - Dalam merealisasikan kejayaan 100% dalam UPSR, pihak sekolah telah mengambil tindakan sewajarnya dengan mengadakan Kem Subjek. Kem ini dijayakan dengan menjemput penceramah yang berpengalaman dari pihak luar. Moga dengan usaha ini dapat membantu murid SKSD untuk berjaya.
MINGGU ANTI DADAH SKSD
SKSD - Minggu kempen Anti Dadah peringkat sekolah dijalankan bagi memberi kesedaran kepada warga SKSD dalam bahayanya DADAH kepada kesihatan kita. Program ini juga, mendapat kerjasama daripada pihak AADK daerah Rompin.
MESYUARAT AGONG PIBG SKSD 2016
SKSD - Sebagai rutin setiap tahun sekali lagi mesyuarat Agong PIBG SKSD Sesi 2016 telah berlansung. Bagi sesi kali ini, mesyuarat telah di rasmikan oleh Dato Hassan Ariffin sebagai Ahli Parlimen Rompin. Pelbagai persetujuan telah dikecapi bersama ibubapa dalam usaha menjayakan lagi taraf pendidikan murid SKSD. Dengan gabungan komuniti ini yang baik dapat memperkasakan lagi potensi dikalangan anak didik.
PEMANGKIN MURID TAHUN 6
UPSR- Pihak sekolah mengambil pendekatan dengan menyediakan beberapa buah basikal dalam menaikkan semangat dan motivasi murid tahun 6 dalam mengrealisasikan potensi 6A bagi tahun 2016 ini. Sebanyak 4 buah telah tersedia yang mana disumbangkan oleh pihak sekolah,PIBG serta orang perseorang. Semoga usaha yang dilakukan dapat mencapai apa yang diingini...terima kasih