10 July, 2015

PROGRAM JALINAN BERSAMA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

          Pada 25 April 2015, sekolah telah menagadakan program Jalinan SKK bersama dengan Unit Bahasa Melayu Universiti Malaysia Pahang.Program ini merupakan program sekolah ini buat kali pertama dengan UMP. Seramai 15 orang guru dan 38 orang murid turut serta dalam program ini.

          Program ini sememangnya sangat bermanfaat bukan sahaja kepada murid-murid tahun 6 tetapi kepada guru-guru yang menyertai program ini.Guru-guru mendapat pendedahan bagaimana melaksanakan P&P dalam suasana yang ceria tanpa stres.

         Ketibaan kami disambut dengan hangat oleh kakitangan UMP dan para fasilitator yang terlibat dalam program ini.Kami sangat terharu dengan sambutan, layanan dan penyediaan program yang sangat bermanfaat kepada murid-murid dan guru-guru.

 

 


 Aktiviti Permainan Bahasa




 Aktiviti nyanyian yang paling kami suka 










Majlis Penutupan bersama Puan Musliha


 

















08 July, 2015

MAJLIS PERSARAAN PN JAMIAH BT JAMALUDDIN

Majlis persaraan Cikgu Jamiah...Jasamu kami kenang....
- Hari ini 8/7/2015 genap 56 tahun Cikgu Jamiah bertugas sebagai guru..   
- Beliau merupakan Guru Cemerlang Matematik dan seorang guru yang dedikasi.
- Persaraan beliau meninggalkan 1001  ilmu dan kenangan.
- Harap beliau akan sentiasa menabur ilmu dan jasanya kepada anak bangsa walaupun  sudah bersara.


 Amanat terakhir daripada Cikgu Jamiah bt Jamaluddin

Bergambar bersama-sama warga SK Selancar 2

Selamat tinggal SK Selancar 2 


10 May, 2015

KLINIK BOLA SEPAK BERSAMA FELDA UNITED BAWAH 21




          Pelajar SKSD amat berasa bertuah dan teruja kerana sekolah ini telah terpilih sebagai salah satu lokasi jelajah Team Felda United Bawah 21.
 
         Program ini Klinik Bola Sepak ini dijalankan sebagai salah satu aktiviti mesra
dan pendedahan latihan bola sepak kepada murid-murid sekolah serta mencungkil bakat yang terdapat pada murid itu.
          
          Aktiviti ini melibatkan murid-murid Tahun 4-6.  Meskipun program ini diatur dalam dalam masa yang singkat namun sambutan daripada murid dan ibu bapa yang hadir sangat memberangsangkan.


   

 Mentor dan mentee


 Berebut bola api Dragon Ball

20 April, 2015

GOTONG ROYONG SILATULRAHIM SKSD 2015

Satu gotong royong perdana bersama ibubapa dan para guru telah diadakan pada 29/3/2015.
Gotong royong yang dijalankan bagi membina Taman Herba, mangemaskini bilik Dan juga kecerian kawasan sekolah.
Semangat kerjasama antara ibubapa Dan guru amat dipuji.
Terima Kasih diucapkan ..... Hanya tuhan dapat membalas jasa kalian. Amin....

19 April, 2015

LADAP 2015

Bertarikh: 17/4/2015
- Bertempat : mammal komputer SKSD
Telah dijalankan kursus Ladap kepada semua guru Dan kakitangan SKSD dalam mempertingkatkan  lagi profesionalisme perguruan.

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PERINGKAT DAERAH ROMPIN 2015

Tarikh: 2/4/2015
Tempat: SK Keratong 2

Seramai 24 murid SKSD telah menyertai pertandingan tersebut.
Keputusan : Naib Johan Perempuan Dan No 4 bagi Lelaki
Seramai 4 orang pemain perempuan Dari SKSD telah terpilih ke peringkat negeri. Peringkat negeri akan do jalankan di Kuala lipis pada 27-30/4/2015