07 April, 2014

KEJOHANAN BOLA TAMPAR DAERAH 2014







     7 APRIL 2014. Berbekalkan latihan selama 2minggu. Pasukan bola tampar Kelompok Chanis yang terdiri drpd 8 pemain SKSD dan 2 pemain SKS3 berjaya menduduki tempat ke-3. Tahniah diucapkan.






03 April, 2014

MTQ DAERAH ROMPIN 2014.

Mohd Fadhlan b. Mohd Hafis


     03 APRIL 2014. Tahniah kepada adik Mohd Fadhlan Hafizi b Mohd Hafiz(2E) berjaya dinobatkan Johan Tilawah peringkat daerah seterusnye mewakili Rompin ke peringkat negeri. Tahniah juga kpd adik Najwa Izzati bt Zubir(5E) sbg naib johan hafazan serta Salwardina bt Wahidin, saguhati tilawah.



20 March, 2014

PROGRAM BERBUKA PUASA & SOLAT HAJAT



     20 Mac 2014. Alhamdulillah. Program Berbuka Puasa & Solat Hajat Bulanan kali pertama berjaya diadakan. Sambutan dr ibubapa amat menggalakkan. Semoga program ini membuahkan hasil seperti direncanakan.

PERKHEMAHAN PERSATUAN BADAN BERUNIFORM. NEGERI



     

     17 hingga 20 Mac 2014. Adik Fatin Suhaila (5Ehsan) telah menyertai mewakili kontijen Rompin ke peringkat Negeri Pahang. Bertempat di Hutan Lipur Gunung Senyum, Jerantut. Johan dalam Kawad
Berpasukan Dan N.johan dalam Rentas Halangan. Tahniah diucapkan.

MTQ KELOMPOK CHANIS 2014





20 MAC 2014. Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kelompok Chanis.

MTQ 2014..Sedang berlangsung




   Tahniah kepada semua murid yang terlibat.. Tidak lupa juga kepada semua guru-guru pengiring dan yg bertungkus lumus mempersiapkan pelajar kita.. U are the best.

19 March, 2014

KHIDMAT BANTU DR UNIT JNJK, JPNP




     19 Mac 2014. En. Khairil dr Unit Jemaah Nazir Jaminan Kualiti, JPN Pahang telah datang dalam program khidmat bantu untuk pencalonan Sekolah Kluster Kecemerlangan(SKK). Terima kasih atas bantuan yang diberikan.

28 February, 2014

PERKHEMAHAN KRS & TKRS PERINGKAT DAERAH ROMPIN 2014



 25-27 Februari 2014. SK LKTP Selancar 2 telah menghantar seramai empat orang pelajar menyertai Perkhemahan KRS & TKRS  Peringkat Daerah Rompin. Pelajar didedahkan dengan pelbagai aktiviti seperti PAFA, ikatan, anyaman, laluan halangan dan kawad kaki. Alhamdulillah, adik Fatin Suhaila telah berjaya merangkul Anugerah Perak dengan pangkat Lans Koperal sekaligus mewakili Daerah Rompin ke peringkat negeri. Tahniah diucapkan.

15 February, 2014

KEM BESTARI SOLAT SIRI 1 , 2014





Dianjurkan oleh Unit J-Qaf, SK Selancar 2 dengan slogan 'IBADAH CEMERLANG MURID GEMILANG'.

05 February, 2014

KEJOHANAN CATUR MSSD 2014








Pada hari Rabu, 5 Februari 2014 yang lalu, SK (Felda) Selancar 2 telah menghantar pasukan catur menyertai Kejohanan Catur MSSD Rompin Bawah 12, 15 dan 18 Tahun bertempat di SMK Muadzam Shah.

Pasukan catur SKSD terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan.

- Mohammad Farouq bin Daud
- Mohd Azril bin Abu Bakar
- Najian Nasuha binti Mat Zaid
- Nor Azwanisah Izzati binti Sabri

Adik Mohammad Farouq bin Daud telah berjaya mendapat tempat ke-8 daripada 39 peserta bagi kategori Lelaki Bawah 12 Tahun manakala adik Nor Azwanishah Izzati pula memperoleh tempat ke-8 bagi kategori Perempuan Bawah 12 Tahun.
Syabas diucapkan kepada semua para peserta.

Tahniah juga diucapkan kepada jurulatih pasukan catur sekolah, Puan Amira binti Abd Rahim. Ribuan terima kasih kepada Encik Asrul bin Mohamad kerana sudi menjadi guru pengiring.

Semoga permainan catur akan terus berkembang di bumi bertuah SKSD dan pasukan catur sekolah akan terus sukses pada masa hadapan.