19 MAC 2013.JOHAN Tilawah Perempuan (Salwardina). JOHAN Bercerita L&P ( Iskandar & Puteri). JOHAN Hafazan Perempuan (Ummu Hanna') Tempat ke-3 Tilawah Lelaki (Abdul Qader). Tempat ke-3 Nasyid Lelaki. Tahniah diucapkan kepada semua atas kejayaan cemerlang yang diperolehi. Tahniah juga kepada jurulatih serta mereka yang telah membantu. Tahniah Ustad Ahmad Syukri selaku KP Panitia Agama Islam.
25 March, 2013
MTQ KELOMPOK CHANIS 2013.
19 MAC 2013.JOHAN Tilawah Perempuan (Salwardina). JOHAN Bercerita L&P ( Iskandar & Puteri). JOHAN Hafazan Perempuan (Ummu Hanna') Tempat ke-3 Tilawah Lelaki (Abdul Qader). Tempat ke-3 Nasyid Lelaki. Tahniah diucapkan kepada semua atas kejayaan cemerlang yang diperolehi. Tahniah juga kepada jurulatih serta mereka yang telah membantu. Tahniah Ustad Ahmad Syukri selaku KP Panitia Agama Islam.
HARI KELUARGA SK SELANCAR 2, 2013
2 & 3 MAC 2013. Tahniah kepada Kelab Guru yang telah berjaya menganjurkan Hari Keluarga SK Selancar 2 . Sambutan diadakan di Klebang Beach Resort Melaka. Turut diadakan Majlis Perpisahan En. Mad Saad Bin Yussof yang telah bertukar rasmi ke SK Keratong 10. Semoga program ini mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dikalangan warga SKSD. Tahniah Pengerusi Kelab-En. Razi Bin Ariffin..
MAJLIS KOAKADEMIK DAERAH ROMPIN 2013
6 MAC 2013. Cubaan kali pertama SK Selancar 2 bagi Pertandingan Sahiba ( Noor Rohimah Bt Arshad) dan Pertandingan Pidato ( Noor Aziematul Azira Bt Azmi). Walaupun sekadar saguhati, tapi anda telah menunjukkan keberanian untuk mencuba dalam pertandingan tersebut. Tahniah juga kepada Pn. Sopiah yang telah dipilih sbg pengadil Sahiba buat kali pertama. Tak lupa Pn. Zaitun selaku jurulatih pidato. Cuba lagi tahun hadapan.
KEJOHANAN BOLA BALING KELOMPOK CHANIS
28 FEBRUARI 2013. Tahniah kepada Pasukan Bola Baling Sekolah yang telah berjaya menjadi Naib Johan dalam Kejohanan Bola Baling Kelompok Chanis. Satu kejayaan yang memberangsangkan. Tahniah kepada En Asrul, Pn Aniza, Pn Marzita serta mereka yang turut melatih sehingga mencapai kejayaan ini. Tidak lupa juga Tuan GB, En Ariffin yang banyak memberikan teknik terbaik....
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL FELDA SELANCAR 2
10 FEBRUARI 2013. PROGRAM BERSAMA KOMUNITI. Pihak sekolah telah menghantar Pasukan Nasyid Sekolah bagi bersama-sama menjayakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Felda Selancar 2. Pasukan ini dibawah bimbingan En. Rosli Bin Mohmed. Terima kasih kepada Pn Nong Rasidah, Pn Zaiton dan En Ahmad Zaki serta semua yang terlibat dalam usaha menjayakan masjlis ini.
05 March, 2013
KEM MOTIVASI JAYA DIRI ZON MUADZAM SHAH, 2013
5 Mac 2013. Kem Motovasi Jaya Diri Zon Muadzam Shah 2013 telah diadakan di SK Selancar 3. Anjuran Felda dengan kerjasama SK Selancar 1, SK Selancar 2 dan SK Selancar 3. Seramai 83 orang pelajar serta ibu bapa telah dijemput hadir bagi menjayakan kem ini.
22 February, 2013
PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA BALING.
22 Februari 2013. Perlawanan Persahabatan Bola Baling antara SK Selancar 2 bertemu SK Selancar 3 telah diadakan di padang SK Selancar 2. Ia bertujuan bagi meningkatkan tahap kemahiran pemain serta sebagai persediaan mental sebelum menyertai kejohanan peringkat kelompok.
21 February, 2013
KEJOHANAN CATUR PERINGKAT DAERAH ROMPIN, 2013
Pada 5 Februari 2013, SKSD telah menghantar 6 orang murid untuk
menyertai Kejohanan Catur Peringkat Daerah Rompin bertempat di SMK
Muadzam Jaya. 3 orang peserta menyertai kategori lelaki bawah 12 tahun manakala 3 orang lagi bagi kategori perempuan.Adik
Mohammad Farouq bin
Daud telah muncul tempat ketiga yang melayakkannya mewakili daerah Rompin ke kejohanan catur MSSN Pahang 2013 di Raub. Tahniah diucapkan.Sekalung
penghargaan buat para jurulatih pasukan catur - Puan Amira binti Abd
Rahim, Puan Jamiah binti Jamaluddin dan Puan Hasnida binti Hanafi.Terima kasih juga kepada guru pengiring pasukan, Encik Asrul bin Mohamad. Semoga pasukan catur SKSD lebih sukses di masa hadapan.
Mohammad Farouq bin
Daud
13 February, 2013
PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN, 2013
08 Februari 2013. Satu program bertema 'Ceramah Kesihatan Pergigian' dan demonstrasi memberus gigi telah diadakan dengan kerjasama Unit Kesihatan Pergigian Bandar Tun Razak. Selama seminggu semua pelajar SKSD telah menjalani pemeriksaan gigi. Ada sekadar pemeriksaan dan ada gigi yang perlu dicabut. Pesanan doktor Muda "SAYANGILAH GIGI ANDA KALAU ANDA MAHU DISAYANGI".
10 February, 2013
BANTUAN PERSEKOLAHAN RM 100, 2013
Alhamdulillah.Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan RM100.00 kepada pelajar SKSD telah selamat dilaksanakan pada 26 Januari 2013. Seramai 266 orang pelajar menerima bantuan ini. Majlis ini diadakan di SMK Selancar 1 secara berkelompok. Y.B DATO' SRI DR. HAJI JAMALUDIN BIN DATO' MOHD JARJIS dan Y.B SENATOR DATO' MAZNAH BINTI MAZLAN telah sudi meluangkan masa menyerahkan bantuan tersebut serta beg sekolah kepada pelajar Tahun 1. Semoga bantuan ini dapat meringankan perbelanjaan persekolahan pelajar SKSD. Terima kasih DATO'.
07 November, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)






























